Friday, 19 September 2014

Aktiviti Bentuk dan Ruang

Cadangan Masa : 30 minit
Tunjang utama : ST 
Standard Pembelajaran Utama : ST 11.1.2 Mengenalpasti anggota badan kiri dan kanan 
Standard Pembelajaran yang disepadukan KTI 2.1.8 Menyanyi dengan iringan muzik 
Objektif Pembelajaran :  Mengenalpasti anggota badan yang berada disebelah kiri dan kanan 
Konsep Utama : Anggota badan 
Kosa kata : Kiri, kanan, mata, tangan , telinga, kaki, bahu
Alatan dan Bahan Bantu : Carta, model patung 

Langkah Pengajaran 1. Murid berkumpul di kawasan perbualan pagi. 


2. Guru mengeluarkan carta anggota badan/ anak patung. 


3. Guru memperkenalkan ‟ kiri ‟ dan ‟ kanan ‟ dengan mengaitkan tangan/ kaki/ mata/ telinga/ bahu kiri dan kanan. 


4. Bermain ‟ siapa cepat ‟ - ”Angkat tangan kanan/kiri”, pegang telinga kiri/kanan, tutup mata kanan/kiri. 


5. Guru dan murid menyanyi lagu:- Angkat tangan kanan goyang-goyang 

                                                         Turun tangan kanan duduk diam-diam. 
                                                         Angkat tangan kiri goyang, goyang, goyang 
                                                         Turun tangan kiri duduk diam-diam 
                                                         (Melodi lagu ‟Air Pasang Pagi‟)

 6. Guru memberikan lembaran kerja dan murid membuat tugasan, mewarnakan gambar. 


Penilaian 

Warnakan bahagian anggota badan 
Kiri –warna merah dan kanan –warna biru 


Arahan: Warnakan saya



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cadangan Masa : 30 minit 
Tunjang utama : ST 
Standard pembelajaran Utama : ST 11.1.3 Meletakkan objek pada kedudukan yang diarahkan 
Standard Pembelajaran yang disepadukan : BM 2.16 Memberikan arahan kepada rakan-secara bertatasusila 
Objektif Pembelajaran : 1. Meletakkan objek pada kedudukan yang diarahkan oleh guru. 
                                       2. Menyatakan kedudukan objek. (depan, belakang, tepi tengah, kiri, kanan,                                                    atas, bawah, dalam, luar dsb) 
Konsep Utama : Mengetahui kedudukan objek dalam sesuatu ruang. 
Kosa kata : Kiri, kanan, atas, bawah, dalam, luar, depan, belakang, tepi, tengah
Alatan dan bahan : Bola, kotak, bakul 

Langkah Pengajaran 1. Guru mengambil satu objek dan meletakkannya dipalbagai kedudukan (atas,                                              bawah, dalam, luar, depan, belakang, tepi tengah) 

2. Murid menyatakan kedudukan objek berkenaan dengan bimbingan guru. 

3. Guru memberi guru objek kepada setiap murid. 

4. Guru memberi arahan kepada murid untuk meletakkan objek tersebut mengikut arahan guru. Contoh :  Sila letakkan bola di dalam bakul.  Letakkan bola itu di tepi kotak.  Letakkan bola itu di atas meja.

 5. Aktiviti di atas diulang dengan murid memberi arahan kepada kawan.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cadangan Masa : 60 minit 
Tunjang utama : ST 
Standard Pembelajaran Utama : ST 11.2.2 Mengecam bentuk segi tiga, bulat, segi empat tepat, dan segi empat sama. 
Standard Pembelajaran yang disepadukan : KTI 1.26 Melukis rupa geometrik iaitu segitiga, bulat, segiempat dan, bujur. 
Objektif Pembelajaran : 1. Mengenalpasti dan menamakan bentuk yang telah ditunjukkan dengan                                                        sebutan yang betul. 
                                       2. Membuat lakaran bentuk yang dinyatakan oleh guru 
Konsep Utama : Mengetahui rupa dan bentuk sesuatu objek. 
Kosa kata : segi tiga, bulat, segi empat tepat, dan segi empat sama 
Alatan dan Bahan : Bongkah bentuk, kad imbas dan kad perkataan.

Langkah Pengajaran 1. Murid berkumpul di ruangan perbualan pagi. 

2. Guru menunjukkan kad / kepingan bentuk dan menamakannya. 

3. Murid menyebut nama-nama bentuk bersama guru.

4. Guru mengeluarkan bongkah bentuk yang sama dengan kad bentuk. 

5. Murid menamakan bentuk berkenaan dengan sebutan yang betul bersama guru. 

6. Murid menekap bentuk yang diberikan di papan putih dan menamakan bentuk berkenaan dengan sebutan yang betul. 

7. Guru memberikan lembaran kerja memadan gambar dan menulis nama bentuk. 

Penilaian : Murid menamakan bentuk-bentuk dengan betul



The Shapes Song

http://www.youtube.com/watch?v=IkZs2_1-YJU
http://www.youtube.com/watch?v=WTeqUejf3D0

Aktiviti melibatkan bentuk prasekolah

Lagu '' The Shapes Song''

Bahan Bantu Mengajar: video, CD

Murid menonton video lagu ''The Shapes Song'' 

Guru bersoal jawab berkaaitan lagu..

Contoh: Apakan bentuk yang anak-anak dapat lihat dalam video tadi?
Jawapan: Bulatan, segi empat, bintang, hati, segi tiga

Permainan '' Bentuk oh Bentuk! ''

Bahan Bantu Mengajar: Kad bentuk (bulatan, segi tiga, segi empat, bintang dan hati) , Objek maujud (bola, bantal, bantal bentuk hati), CD Muzik

1. Apabila muzik dimainkan, anak-anak bergerak mengelilingi kad bentuk yang diletakkan di atas  dataran.

2. Setiap pengerakan perlu mengikut cara pergerakan haiwan.

3. Apabila muzik dihentikan, anak-anak perlu berebut mengambil kad bentuk dan memadankannya dengan objek yang mempunyai bentuk yang sama.

4. Permainan diulang dan anak-anak perlu mengambil bentuk-bentuk yang berbeza.


Pengukuhan Nama-nama bentuk 

1. Pendidik menunjukkan kad bentuk dan anak-anak perlu menyebut nama bentuk dengan bentuk.

2. Pendidik memberi peluang kepada anak-anak memilih bentuk kesukaan mereka.

3. Pendidik memberi anak-anak objek maujud berdasarkan bentuk kesukaan mereka.





http://www.slideshare.net/rohanaahamid12/rph-pedagogi-bermain

Mengenali Bentuk

1. Guru memperkenalkan bentuk-bentuk asas yang perlu diketahui oleh murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan atau blok-blok yang sedia ada di kelas prasekolah.

2. Guru boleh 'print out' bahan A di bawah, ditampal pada kadbod dan gunting bentuk topi tersebut dan bentuk-bentuk asas sebagai BBM untuk aktiviti suai pasang.

3. Lakukan aktiviti suai pasang di dalam kumpulan atau di hadapan kelas.

4. Sebagai pengukuhan, guru-guru boleh jadikan bahan B sebagai aktiviti lembaran kerja.

5. Untuk menjadikan pembelajaran lebih bermakna, guru-guru boleh jadikan bahan A atau bahan B sebagai topi. Tebuk di kedua-dua belah kiri dan kanan topi tersebut dan diikat menggunakan tali/ getah dan digantung ke telinga murid-murid. Murid-murid tentu sukakannya..




TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) diperkenalkan pada 2010 bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat serta menyuburkan melalui aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Melalui kurikulum ini kemahiran literasi dan numerasi asas murid dipertingkatkan, keyakinan dibangunkan dan konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak dipupuk. Ini adalah untuk menyediakan murid agar mereka berupaya menyesuaikan diri dengan persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran bagi kelangsungan pembelajaran seterusnya.


KSPK terbina berdasarkan rekabentuk kurikulum berasaskan standard dan berbentuk modular. Standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran adalah berpaksikan kepada pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran berikut: Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai;  Kemanusiaan;  Sains dan Teknologi; Perkembangan Fizikal dan Estetika serta Perkembangan Ketrampilan Diri.


Pada peringkat prasekolah, proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan Kanak-kanak (ABP) Developmentally Appropriate Practices.  Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersifat fleksibel tetapi terancang di mana semua murid terlibat secara aktif melalui pelbagai aktiviti individu, kumpulan dan kelas sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.  Suasana pembelajaran yang selesa, ceria dan selamat dapat menggalakkan naluri ingin tahu dan gemarkan cabaran yang seiring dengan fitrah semulajadi kanak-kanak.