Tunjang utama : ST
Standard Pembelajaran Utama : ST 11.1.2 Mengenalpasti anggota badan kiri dan kanan
Standard Pembelajaran yang disepadukan KTI 2.1.8 Menyanyi dengan iringan muzik
Objektif Pembelajaran : Mengenalpasti anggota badan yang berada disebelah kiri dan kanan
Konsep Utama : Anggota badan
Kosa kata : Kiri, kanan, mata, tangan , telinga, kaki, bahu
Alatan dan Bahan Bantu : Carta, model patung
Langkah Pengajaran 1. Murid berkumpul di kawasan perbualan pagi.
2. Guru mengeluarkan carta anggota badan/ anak patung.
3. Guru memperkenalkan ‟ kiri ‟ dan ‟ kanan ‟ dengan mengaitkan tangan/ kaki/ mata/ telinga/ bahu kiri dan kanan.
4. Bermain ‟ siapa cepat ‟ - ”Angkat tangan kanan/kiri”, pegang telinga kiri/kanan, tutup mata kanan/kiri.
5. Guru dan murid menyanyi lagu:- Angkat tangan kanan goyang-goyang
Turun tangan kanan duduk diam-diam.
Angkat tangan kiri goyang, goyang, goyang
Turun tangan kiri duduk diam-diam
(Melodi lagu ‟Air Pasang Pagi‟)
6. Guru memberikan lembaran kerja dan murid membuat tugasan, mewarnakan gambar.
Penilaian
Warnakan bahagian anggota badan
Kiri –warna merah dan kanan –warna biru
Arahan: Warnakan saya
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cadangan Masa : 30 minit
Tunjang utama : ST
Standard pembelajaran Utama : ST 11.1.3 Meletakkan objek pada kedudukan yang diarahkan
Standard Pembelajaran yang disepadukan : BM 2.16 Memberikan arahan kepada rakan-secara bertatasusila
Objektif Pembelajaran : 1. Meletakkan objek pada kedudukan yang diarahkan oleh guru.
2. Menyatakan kedudukan objek. (depan, belakang, tepi tengah, kiri, kanan, atas, bawah, dalam, luar dsb)
Konsep Utama : Mengetahui kedudukan objek dalam sesuatu ruang.
Kosa kata : Kiri, kanan, atas, bawah, dalam, luar, depan, belakang, tepi, tengah
Alatan dan bahan : Bola, kotak, bakul
Langkah Pengajaran 1. Guru mengambil satu objek dan meletakkannya dipalbagai kedudukan (atas, bawah, dalam, luar, depan, belakang, tepi tengah)
2. Murid menyatakan kedudukan objek berkenaan dengan bimbingan guru.
3. Guru memberi guru objek kepada setiap murid.
4. Guru memberi arahan kepada murid untuk meletakkan objek tersebut mengikut arahan guru. Contoh : Sila letakkan bola di dalam bakul. Letakkan bola itu di tepi kotak. Letakkan bola itu di atas meja.
5. Aktiviti di atas diulang dengan murid memberi arahan kepada kawan.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cadangan Masa : 60 minit
Tunjang utama : ST
Standard Pembelajaran Utama : ST 11.2.2 Mengecam bentuk segi tiga, bulat, segi empat tepat, dan segi empat sama.
Standard Pembelajaran yang disepadukan : KTI 1.26 Melukis rupa geometrik iaitu segitiga, bulat, segiempat dan, bujur.
Objektif Pembelajaran : 1. Mengenalpasti dan menamakan bentuk yang telah ditunjukkan dengan sebutan yang betul.
2. Membuat lakaran bentuk yang dinyatakan oleh guru
Konsep Utama : Mengetahui rupa dan bentuk sesuatu objek.
Kosa kata : segi tiga, bulat, segi empat tepat, dan segi empat sama
Alatan dan Bahan : Bongkah bentuk, kad imbas dan kad perkataan.
Langkah Pengajaran 1. Murid berkumpul di ruangan perbualan pagi.
2. Guru menunjukkan kad / kepingan bentuk dan menamakannya.
3. Murid menyebut nama-nama bentuk bersama guru.
4. Guru mengeluarkan bongkah bentuk yang sama dengan kad bentuk.
5. Murid menamakan bentuk berkenaan dengan sebutan yang betul bersama guru.
6. Murid menekap bentuk yang diberikan di papan putih dan menamakan bentuk berkenaan dengan sebutan yang betul.
7. Guru memberikan lembaran kerja memadan gambar dan menulis nama bentuk.
Penilaian : Murid menamakan bentuk-bentuk dengan betul